Penamatan khidmat Bolak-balik_angkasa_lepas

Bolak-balik angkasa asalnya bertujuan digunakan sebagai suatu "trak angkasa" oleh pihak Amerika Syarikat bagi membina suatu stesen angkasa di orbit Bumi rendah pada sekitar tahun 1990-an. Projek ini lama kelamaannya beransur ubah menjadi Stesen Angkasa Antarabangsa yang ditunda pembinaannya berkali-kali sehingga pesawat beroperasi 15 tahun lebih lama daripada yang dijangkakan.

Misi ke-135 dan terakhir yang melibatkan pesawat ini terdiri daripada empat orang angkasawan—Christopher Ferguson (komander), Douglas Hurley (juruterbang), Sandra Magnus (Mission Specialist 1), and Rex Walheim (Mission Specialist 2)[3] dalam pesawat Atlantis yang berlepas pada 8 Julai 2011 dan mendarat dengan selamatnya di Pusat Angkasa Kennedy pada 21 Julai 2011 pukul 5:57 pagi waktu tempatan (09:57 UTC).[4]

Pihak Amerika Syarikat kini bergantung kepada roket Soyuz Rusia untuk tujuan pengangkutan bekalan dan bahan binaan ke ISS.

Rujukan

WikiPedia: Bolak-balik_angkasa_lepas http://dsc.discovery.com/tv/nasa/shuttle-timeline/... http://www.exploration-space.com/16-apr-2007-nasa.... http://www.foxnews.com/scitech/2011/07/03/rare-fou... http://shuttlesource.com http://www.space-astronautics.com/29-apr-2007-nasa... http://www.drafts.de/module-Mediashare-slideshow-a... http://chandra.harvard.edu/launch/status/weather_c... http://digital.library.unt.edu/govdocs/crs/search.... http://history.nasa.gov/series95.html http://nix.larc.nasa.gov/search;?b=SC000249